JPANS SERTAI PERSIDANGAN ANTARABANGSA ‘HUAWEI CONNECT 2023’

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) mengorak langkah menyertai Persidangan Antarabangsa ‘ Huawei Connect 2023’ di Shanghai, China bermula Rabu (20 Sept) lepas. Konferensi anjuran syarikat teknologi gergasi Negara China bertemakan “Accelerate Intelligence” itu berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari pelbagai industri seperti perniagaan, teknologi, hartanah, serta pihak berkepentingan di seluruh dunia. Peluang keemasan ini menjadi titik…

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) mengorak langkah menyertai Persidangan Antarabangsa ‘ Huawei Connect 2023’ di Shanghai, China bermula Rabu (20 Sept) lepas.

Konferensi anjuran syarikat teknologi gergasi Negara China bertemakan “Accelerate Intelligence” itu berjaya menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari pelbagai industri seperti perniagaan, teknologi, hartanah, serta pihak berkepentingan di seluruh dunia.

Peluang keemasan ini menjadi titik tolak Kerajaan Negeri Sabah melalui JPANS untuk meneroka peluang baharu dalam era teknologi maklumat khususnya teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (Al).

JPANS diketuai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Zainudin Aman diiringi Pengarah Kerajaan Digital Doria Tai Yun Tyng serta pegawai-pegawai dari Bahagian Kerajaan Digital mengalas tanggungjawab menimba pengetahuan daripada syarikat tersebut menerusi perkongsian pembentangan dan pameran selama tiga hari.

Pelbagai intipati diperoleh khususnya dalam memacu teknologi maklumat dan komunikasi ke hadapan yang akan memberi manfaat besar kepada semua industri elit bagi memenuhi keperluan semasa.

Selain itu, konferensi tersebut mengetengahkan strategi transformasi baharu yang lebih pantas, cekap dan sistematik di semua industri elit dan pihak berkepentingan demi memenuhi keperluan semasa.

Dalam pada itu, JPANS turut berpeluang duduk berbincang di meja bulat bersama President Huawei Asia Pacific Enterprise Business Group, Nicholas Ma untuk berkongsi idea mengenai perancangan awal Huawei dalam membantu Kerajaan Negeri Sabah bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang sedia ada.

Pada hari berikutnya (25 Sept 2023), JPANS juga mengadakan lawatan teknikal ke Huawei Smart Campus bagi membincangkan Hybrid Cloud Services bersama Pengarah Huawei Cloud APAC Roy Chen Qi.

Seterusnya, pada 26 September 2023 mengadakan lawatan teknikal ke Longgang Command Centre. Intipati lawatan merangkumi penyampaian perkhidmatan seperti sinergi kemudahan dalam perkakasan, perisian, peranti, rangkaian dan lain-lain yang lebih canggih dan mudah untuk digunakan, selain memberi kebolehpercayaan dari aspek keselamatan maklumat digital merentasi lapisan industri.

Sekian, terima kasih

Similar Posts