Sabah Digital Government Initiative (SDGI 2024)

Sabah Digital Government Innovation (SDGI) 2024 ialah pelan induk inovasi kerajaan negeri Sabah untuk melaksanakan transformasi kerajaan digital dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap menjelang tahun 2024.
Dalam tempoh lima tahun ini, satu platform akan diwujudkan bagi memudahkan perkongsian data antara Kerajaan kepada Kerajaan; Kerajaan kepada Perniagaan (sektor swasta); dan Kerajaan kepada Rakyat
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong,
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Pelan Tindakan Kerajaan Digital Negeri Sabah (2020-2024)
Pelaksanaan Kerajaan Digital merupakan salah satu teras utama di dalam Pelan Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (2018-2022). Justeru itu, Pelan Induk Kerajaan Digital Negeri Sabah untuk tempoh lima (5) tahun (2020-2024) diwujudkan untuk merealisasikan usaha pemodenan dan penerapan teknologi digital ke dalam perkhidmatan awam negeri.
1
Fasa I: Automasi Digital (Digital Automation) 2020Peringkat pertama merupakan fasa untuk penyediaan infrastruktur digital, pembangunan pusat integrasi data, dan penetapan proses kerja tadbir urus dalam penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan kepada sistem automasi.
2
Fasa II: Transformasi Digital (Digital Transformation) 2021Dalam peringkat kedua pula, perkhidmatan digital yang inovatif dan berpaksikan keperluan dan kehendak rakyat akan disediakan. Perkhidmatan berasaskan peranti mudah alih akan ditingkatkan khususnya untuk memenuhi keperluan generasi akan datang yang lebih berfokuskan penggunaan teknologi digital.
Pendekatan ini secara tidak langsung akan turut memberikan kesan positif kepada hasil kerajaan dan bertindak sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta menyokong perkembangan pantas sektor perniagaan
3